Automate your Marketing
with Womplify




 
aniq's FotoPages

By: waty zikri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 23-Oct-2008 04:44 Email | Share | | Bookmark
KasIH nYa sEoRAng IBU

ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita,
cara kita ucapkan terima kasih kepadanya adalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,
kita ucapkan terima kasih dengan berlari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang,
kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna,
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menjerit: Tak Nak! Tak Nak!

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola,
Cara kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkat rumah jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim,
kita ucapkan terima kasih dengan kotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabis masa sehari suntuk menemankan kita kemana saja,
kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa kita menonton wayang, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan kawan.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita mengucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton TV.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih padanya dengan memberitahu pakaian itu tidak
sesuai pada zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran persekolahan dan asrama,
kita ucapkan terima kasih padanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan & ciuman,
kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta,
kita ucapkan terima kasih padanya dengan melanggar tembok.

Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting,
kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu
kita diterima masuk ke IPT,
kita ucapkan terima kasih padanya dengan bersuka-ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah-payah membayar yuran pengajian,
menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama,
kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, ITU BUKAN URUSAN IBU!!

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."


Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan "Perabot
pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!'

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, Ibuuutoooolonglahhh..

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih padanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua penjagaan bayi,
kita dengan megah berkata, itu dulu, sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di
kampong, kita berkata, Kami sibuk, tak ada masa nak datang.

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,
kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang
menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal!!
Khabar itu bagaikan petir!
Dalam lelehan airmata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.




[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net