Want your
own Fotopage?
















 
aniq's FotoPage

By: abah mama aniq dzaquan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Thursday, 23-Oct-2008 04:44 Email | Share | | Bookmark
KasIH nYa sEoRAng IBU

ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita,
cara kita ucapkan terima kasih kepadanya adalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,
kita ucapkan terima kasih dengan berlari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang,
kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna,
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menjerit: Tak Nak! Tak Nak!

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola,
Cara kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkat rumah jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim,
kita ucapkan terima kasih dengan kotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabis masa sehari suntuk menemankan kita kemana saja,
kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa kita menonton wayang, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan kawan.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita mengucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton TV.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih padanya dengan memberitahu pakaian itu tidak
sesuai pada zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran persekolahan dan asrama,
kita ucapkan terima kasih padanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan & ciuman,
kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta,
kita ucapkan terima kasih padanya dengan melanggar tembok.

Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting,
kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu
kita diterima masuk ke IPT,
kita ucapkan terima kasih padanya dengan bersuka-ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah-payah membayar yuran pengajian,
menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama,
kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, ITU BUKAN URUSAN IBU!!

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."


Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan "Perabot
pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!'

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, Ibuuutoooolonglahhh..

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih padanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua penjagaan bayi,
kita dengan megah berkata, itu dulu, sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di
kampong, kita berkata, Kami sibuk, tak ada masa nak datang.

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,
kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang
menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal!!
Khabar itu bagaikan petir!
Dalam lelehan airmata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.



>> kasih ibu membawa ke syurga... Thu 23-Oct-2008 18:17
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
MAMA ANIQ...

JOM JOIN SAMBUTAN HARI RAYA ANJURAN FMDC

DATE:08 NOV 2008
DAY : SATURDAY
TIME : 7.30PM-11.30PM
VENUE :NAZA HOTEL POOLSIDE TERRACE,TANJUNG TOKONG,PENANG

NAK JOIN JGN LUPA INFO ZAI OK....JUMPA DISANA....
Sun 26-Oct-2008 07:02
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
..betul2 Thu 15-Oct-2009 08:05
Posted by:wani nur_728@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 21-Oct-2008 05:35 Email | Share | | Bookmark
akan datang....

 
 
aniq akan sambut hari lahir 26hb 10 setiap tahun..(insyaAllah panjang umur)




begitu cepat masa berlalu..
tak mampu kita hentikannya walau sedetik...

TAK BUAT PARTY KAT TUK BESDAY ANIQ???? Wed 22-Oct-2008 02:23
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
RE:OK ARR TU JANJI SAMBUT KAN MAYBE TAHUN DEPAN KOT....KUII..KUII..KUII Wed 22-Oct-2008 04:08
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Selamat Hari Lahir Aniq,,,,,
nanti jgn lupa up gambaq Aniq makan kek ok,,,,
Wed 22-Oct-2008 14:39
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 21-Oct-2008 05:22 Email | Share | | Bookmark
nombor penting

 

MMG SELALU KENA INGAT NO PENTING NIE... Wed 22-Oct-2008 02:32
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
MMG SELALU KENA INGAT NO PENTING NIE... Wed 22-Oct-2008 02:34
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
MMG SELALU KENA INGAT NO PENTING NIE... Wed 22-Oct-2008 02:46
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Tuesday, 21-Oct-2008 02:40 Email | Share | | Bookmark
mangsa keadaan

 
 
 
View all 5 photos...
x dak gambaq2 kami yg nk di upload kan...so si ayam nie la jadik mangsa keadaan!!!


hah!!! knp aku pulak...aku x kacau sape2 pun


Si aayam kecil yang mahu menolong namun herdikan yang dia terima. Tapi dia tetap berusaha membersihkan namanya sehinggalah ia benar-benar terjadi. Moral of the story...; Walaupun budak kecik, tak semua yang dia cakap tak betul. Budak kecik tak semua pandai menipu... Thu 13-Nov-2008 18:22
Posted by:Shah  - [Link]
Add comment


Monday, 20-Oct-2008 05:43 Email | Share | | Bookmark
kami ber3

 
syukur...DIA kurniakan MOHD ANIQ DZAQUAN setelah anak sulung kami dipinjamkan hanya sementara...




Insyallah.. kalau tak ada aral dapat lah kita jumpa kat kenduri kawin pakcik pemancing ikan nanti erk.. Mon 20-Oct-2008 06:51
Posted by:Sabrina  - [Link]
Salam perkenalan.Timakasih jenguk fp kita ye...selalu2 la singgah.. Mon 20-Oct-2008 16:33
Posted by:bungaros Oman  - [Link]
Add comment


Monday, 20-Oct-2008 02:31 Email | Share | | Bookmark
kt kedai HPhone

 
 
 
View all 8 photos...
saje jln2 sambil tgk2 hp baru...





aik tak kan tengok jer kut hp2 tu beli la hehehe
re:ct ngan hubby memang akan ke kenduri pak cik PI dah daftar awal2 pun hehehe
nanti kita jumpa lagi di sana yer
Mon 20-Oct-2008 05:02
Posted by:cinta(ct) asitiazlina@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 20-Oct-2008 02:10 Email | Share | | Bookmark
macam macam ANIQ!!

 
 
 
View all 4 photos...
mcm2 la budak kecik nie..tgk bukannya dia nak duduk atas seat betoi2!! kalau lingkup benda tu..puas la hati!!




Care to comment?


Monday, 20-Oct-2008 01:46 Email | Share | | Bookmark
gulai kepala ikan

 
 
 
saje je nak tayang gulai kepala ikan nie...terliur ker... meh ambik resepi ni p try masak kat dapoq masing2

daun kari / karapole
halba campur
rempah ikan
air asam jawa
bendi
terong
santan
garam
gula

bhn blend:
* bawang besar, bawang putih, halia

tumis bhn blend + daun kari + halba campur
masukkan rempah ikan + bhn blend + air asam jawa
(sampai pecah minyak)
santan + air
bendi + terong + kepala ikan
garam + gula + serbuk perasa (secukup rasa)


Care to comment?


Monday, 20-Oct-2008 01:17 Email | Share | | Bookmark
Minum Teh Cina

 
 
 
View all 6 photos...
kedai teh cina kt Parit Buntar....1'st time cuba try test teh cina ni...TAWAQ sungguh tapi itu la obat namanya...


Care to comment?


Friday, 17-Oct-2008 00:18 Email | Share | | Bookmark
mkn kt McD Jusco, Perda

 
 
 
View all 14 photos...
boring pulak dok rumah...abah bwk jln2 p Jusco Perda..dlm dok jln2 lapaq la pulak...ingat nk p mkn nasik kandar..last2 teringin McD pulak!!!







mkn bola..... tido bola......


bdk2 nakal...

jom shopping baju tuk anak2
http://adekmanja2.fotopages.com
Fri 17-Oct-2008 02:56
Posted by:mamidanial adekmanja2@gmail.com
sejak dibuka baru2 nih,,,Jusco ni memang jadi tumpuan ramai,,,,,
tempat makan pun banyak,,,,jenuh try,,,,
Sun 19-Oct-2008 08:26
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
>> kemesraan sekeluarga...
>> saat manis...
Sun 19-Oct-2008 16:49
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.